6ixth Sense ada lagu khas sempena Ramadan !

selamat pagi ! bagi yang dah bangun (-.-)
lebih kurang lapan hari lagi , kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan !
masa tu nanti mesti keluar dekat radio lagu2 berunsur ketuhanan . saya rindu suasana tu ! kumpulan pop rock 6ixth sense pun tak ketinggalan muncul dengan album berunsur ketuhanan . Gjie , salah seorang anggota kumpulan berkata pada bulan puasa ni mereka akan tampil dengan album single berkonsepkan ketuhanan yang berjudul Keikhlasan .
fyi , ni first time diorang hasilkan album single bertema ketuhanan . ikut trend ka ? Gjie pernah menjelaskan , album tu diterbitkan bukan sebab nak mengikut trend , tapi atas kesedaran kumpulan diorang .
Gjie - “ sudah sampai masanya kami menghasilkan album seperti itu . idea itu tercetus kerana faktor usia dan masa. saya pun sudah berusia 26 tahun dan begitu juga dengan anggota-anggota 6ixth Sense lain yang mulai menghampiri angka 30 tahun . ini adalah masanya kami berubah sedikit demi sedikit dan genre muzik yang kami ketengahkan itu juga adalah salah satu gambaran perubahan tersebut . "
uols fans 6ixth sense mesti terkejut dengan perubahan pada lagu diorang . dalam album tu ada due lagu bertajuk keikhlasan n penjaga hati yang mana kata Gjie , bukan setakat memaparkan lirik yang bermesejkan ketuhanan tapi perubahan ketara tu juga dapat didengar melalui rentak muzik diorang yang jauh lebih perlahan berbanding lagu-lagu dalam album-album 6ixth Sense sebelum tu .
Gjie lagi , “ dua lagu itu ciptaan saya dan vokalis kami , Adi . idea menghasilkan lagu-lagu ketuhanan seperti ini sudah kami rancang sejak setahun yang lepas . ia bukan dipaksa-paksa atau mengikut trend muzik semasa tetapi datangnya daripada hati kami sendiri . kami ingin berubah termasuklah daripada segi muzik . kebetulan bulan Ramadan pun akan datang tidak lama lagi . jadi kami memilih bulan yang mulia ini untuk menonjolkan genre muzik yang belum pernah 6ixth Sense ketengahkan sejak ditubuhkan hampir enam tahun lalu "
selain Gjie selaku gitaris dan Adi (penyanyi) , 6ixth Sense yang dianggotai oleh Wan (dram) , Athan (gitar) dan Ayoy (bass) itu tak menafikan perubahan muzik mereka bukan asing lagi zaman sekarang . malah semakin ramai peminat yang menerima konsep muzik macam ni .
perubahan rentak muzik , melodi dan lirik lagu dalam album single terbaru 6ixth Sense tu cukup berbeza berbanding tiga album rock mereka sebelum ni . setakat ni diorang dah hasilkan tiga album bertajuk Hari Ini (2006) , 6ixth Sense (2007) dan +-xbahagi (2010) .
album single terbaru ni suatu permulaan buat 6ixth Sense . diorang harap album ni akan diterima baik oleh fans . secara tak langsung akan beri perangsang untuk diorang berubah daripada segi muzik ke arah yang lebih positif . :)


|
Copyright ©. Code thanks to 



