Tips Menjaga Laptop
Laptop kini menjadi pilihan utama bagi kebanyakan pengguna internet dalam membantu berbagai-bagai aktiviti sehari-hari mereka. Ini adalah semestinya kerana saiznya yang kecil dan sifatnya yang ‘portable’. Meskipun demikian, ternyata tidak semua pemilik ataupun pengguna laptop tahu bagaimana untuk menjaga laptop dan baterinya dengan baik dan betul.
Antara masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar pemilik laptop adalah suhu laptop atau bateri menjadi panas, laptop tiba-tiba ‘hang’, laptop mati ketika digunakan dan banyak lagi masalah-masalah yang dihadapi.
Saya ingin berkongsi dengan anda tips menjaga (maintain) laptop dan bateri laptop..- Bateri laptop boleh menjadi panas dalam penggunaan normal sekalipun. Jangan gunakan laptop sambil diletakkan di pangkuan anda.
- Ketika menggunakan laptop, hindari meletakkan laptop pada permukaan yang lembut, seperti diatas sofa, katil atau karpet. Sebab permukaan seperti itu akan menganggu aliran udara di bagian bawah laptop dan boleh menjadikan laptop overheating.
- Mencegah sentuhan pada ketika kedudukan bateri yang longgar dengan berbagai jenis objek metal seperti pengepit kertas, duit syiling dan sebagainya.
- Jangan sampai terjadi tekanan yang berlebihan yang diakibatkan oleh terjatuh, terhantuk, terhimpit ataupun tertumpuk oleh benda berat di laptop atau bateri laptop.
- Jangan meletakkan laptop di tempat yang boleh menjadi sangat panas, seperti di bawah terik matahari ataupun di dalam kereta yang diletakkan cukup lama di kawasan parking waktu siang hari yang panas.
- Basah atau terkena air adalah hal yang harus dihindari dari laptop ataupun baterinya. Meskipun nantinya ia akan mengering dan dapat berfungsi normal, circuit di dalam laptop ataupun bateri secara perlahan-lahan akan berkarat dan akan mempengaruhi tahap daya ketahanannya.
- Pastikan Anda memahami cara menggunakan, menyimpan dan men-charge bateri dan laptop yang telah ditulis di dalam buku manual
Semoga tips kali ini memberi manfaat kepada kita semua.
Orang Kaya vs Orang Miskin
Actually terlalu banyak ruang dan peluang untuk membangun bersama bisnes.. Dan dari apa yang saya perhatikan perbezaan orang bisnes kaya dan miskin dalam 3 aspek :
1. Attitude
2. Ilmu & Pengalaman
3. Networking, networking and very huge networking…
Dari segi Attitude, orang-orang berjaya dan kaya ini mempunyai impian yang jelas. Sikap kesungguhan yg optimis dan strategis membawa mereka kepada kejayaan lebih cepat daripada orang yang sekadar puashati dan tidak mengejar apa-apa peluang di depan matanya.. Attitude yang gigih, rajin, cekal, sabar, sanggup berkorban adalah elemen utama yang memberi hasil yang mengagumkan.. Contoh jutawan siber Dr. Irfan Khairi sblm kaya dia hanyalah tukang sapu… Namun bukan sekadar tukang sapu biasa… Beliau mempunyai attitude yang berkualiti, suka banyak membaca buku mengenai motivasi, kejayaan dan kekayaan.. Dari situlah keperibadiannya terbentuk untuk mencapai cita-cita yang diimpikan… Mesti mempunyai attitude yang berkualiti untuk mencapai kejayaan yang tinggi…
Antara elemen terpenting, apabila kita melihat, membaca, mendengar, mentafsir yang membawa satu proses ilmu untuk memahami kehidupan dengan baik.. Ilmu adalah alat yang hebat jika digunakan pada tempatnya.. Contoh ilmu mengenai marketing, hatta pen yang rosak pun bley dijual dan perolehi untung jika pandai marketing.. Ilmu marketing adalah wajib bagi semua orang kaya.. Ini kerana mereka memahami asas marketing adalah membaca kemahuan manusia, menyelesaikan masalah mereka, menyediakan penyelesaian yang tepat, cepat dan mantap. Apa jua bisnes wajib ada marketing.. Kalo xde marketing tiada gunalah bisnes kerana produk/servis tak laku… Oleh itu ilmu dari satu segi adalah amat penting, manakala pengalaman adalah pelengkap. Dari situ kita belajar mana yang betul mana yang salah, perbaiki dan berjaya capai kemajuan yg lebih baik.. Contoh spt pengalaman org yang menjual produk XYZ mendapati ada beberapa masalah dari segi stok dan pengedaran, maka dibuat satu proses production yang tersusun, reduce cost dgn konsep JIT dan memaksimumkan keuntungan dgn kos yang relatif rendah.. Gabungan ilmu dan pengalaman cukup perfect, ia mengajar kita banyak selok belok bisnes dari pelbagai segi..
Aspek ketiga, yang paling unik adalah orang-orang kaya mempunyai networking/rangkaian dari segi client, resources & pelbagai elemen bisnes yg sgt besar.. Kalo orang miskin dia hanya kenal setakat sedara mara kampung atau sekadar di sekitarnya saja, manakala orang kaya menjangkau ke tempat yang lebih luas, Eropah, Timur Tengah, Asia dan pelbagai pelusuk dunia.. Dia bleh exploit tenaga buruh murah di China, kemudian export produk syarikatnya ke Eropah untuk dijual dengan harga tinggi. Mmg dahsyat networking jika kene pada tempatnya, termasuk juga jika kita kenal orang dalam memana agensi gov, private company lebih memudahkan dapatkan tender atau projek yang besar. Selagi kita ada huge list of people networking sudah tentulah manfaatnya banyak. Contoh anda mahu jadi jutawan dengan manfaatkan method network marketing, hanya jual produk yang untungnya RM1.00 kepada sejuta orang yang anda kenal. Sudah pasti pulangannya dahsyat.. At least hanya RM1.00 untung still make a big profit.
Adakah anda seorang genius?
Menurut Brian Tracy International, genius mempunyai 3 perwatakan. Adakah anda seorang genius?
Albert Einstein juga menggunakan 3 kaedah ini.. - Seorang genius akan fokus kepada satu kerja/satu masalah/ satu isu dalam satu masa. Dengan memberi tumpuan 100% dan fokus yang amat tinggi pada kerja yang perlu dilakukan, seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu.
- Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu/masalah/ kerja. In other words, mempunyai perancangan yang rapi- sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan. Mereka perlu tahu point A untuk sampai ke point B.
- Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru. Tidak menutupkan fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.
Sebagai manusia kita juga perlu mengamalkan daya pemikiran seorang genius dengan mengikuti 3 langkah mudah di atas .. So, lepas ni, boleh ramai-ramai jadi insan yang genius & usahawan genius!
*new*
creating blog.
its a pleasure.
ha. ha.
|
Copyright ©. Code thanks to