Ghost Story .
Malam semalam ade something yang buat aku takut .
seriously .
benda macam tu dah banyak kali berlaku sejak pindah rumah ni .
jom jom , aku nak cerita sikit la kat korang .
cerita pertama .
malam tu aku rase aku sorang je belum tidur . sebab tengah sms dengan seseorang . malam tu tenang je tau , tiba2 rasa sejuk semacam . mungkin perasaan aku je kot . tiba2 aku terdengar bunyi orang masukkan sudu besi ke dalam cawan . betul ! aku memang dengar , bunyinye sangatlah CLEAR okay ! aku terdiam . siapa pulak la yang nak buat air tengah2 malam ni so aku intai la dan aku just nampak cawan je tanpa sudu . esoknye aku cerita kat mama , mama cakap maybe bunyi tu datang dari rumah jiran . haish . takkan la CLEAR sangat bunyinye kalau dari rumah jiran ? takkan la telinga aku ni memang terer tangkap bunyi ?
cerita kedua . aku kat uitm . malam tu online dan IM dengan mama di facebook . mama cakap ade satu cerita nak share ngan aku tapi cerita seram . walaupun aku agak takut , masalahnye aku curious tau . nak jugak tawu . so mama pun cerita lah yang malam sebelum tu , mama belum dapat lelapkan mata . papa kena standby 24 jam so mama tidur sorang . tiba2 mama dengar bunyi orang tuangkan air dari dalam jag kaca ke cawan2 dari arah dapur . mama pun pelik la sebab bunyinye memang jelas datang dari dapur . mama pun pasang telinga untuk dengar betul2 dan meremang mama bila dengar dengan jelas bunyi orang bukak periuk nasi dan tutup balik periuk nasi tu . SAH ! memang dari dapur ! (okay aku dah meremang dah taip cerita ni)
cerita ketiga .
suatu pagi (subuh) mama tiba2 panggil adik aku, syasya . aku pun menyibuk2 la nak tawu ade ape hal . mama cakap sejadah tu memang diturunkan oleh 'someone' . ha ? aku mula2 tak faham . mama pun cerita la , setiap kali mama nak solat subuh , sejadah tu mesti turun ke bawah dari karpet . mula2 mama tak perasan , tapi lama2 mama perasan la tiap2 hari sejadah tu turun so malam sebelumnye lepas solat isya' , mama betulkan sejadah tu ke tempat asal sebab nak tengok esok pagi beralih lagi tak . bila esok paginye beralih , memang SAH ade 'someone' yang alihkan atau guna sejadah tu . kalau papa yang nak solat subuh dulu , papa pulak yang tertanya2 siapa la yang suka turun2kan sejadah ni .ye la , bila tanya satu rumah , takde sorang pun mengaku bangun solat tahajjud atau bangun malam2 alihkan sejadah tu . so siapa yang buat ?
sejadah di tempat asal .
sejadah yang yang teralih .
cerita keempat . haa yang ni baru berlaku malam semalam . masa tu semua orang tengah tengok tv ye kawan2 . aku pun kat depan tapi tak tengok tv , online . untuk pengetahuan korang , adik aku yang lagi sorang tu (mimi) ade satu set permainan kucing barbie doll . benda tu akan berbunyi kalau kita sentuh atau goncangkannya . masa semua orang tengah relax2 , tiba2 permainan tu berbunyi dari arah bilik aku . (for sure la sebab adik letak mainan tu dalam bilik aku) . kami memandang antara satu sama lain sebelum membuat andaian mungkin benda tu terjatuh atau cicak tersentuh ke . so kami sambung la tengok tv + online . tak lama lepas tu , benda tu berbunyi lagi . sangat la kurang asam sebab aku dah mula nak meremang kot . ape pasal la nak bunyi lagi ni . kami terdiam tapi masing2 tak ada yang nak pergi jenguk bilik . mimi yang manja tu dah mula merengek dekat mama sebab takut . tapi masing2 decide untuk biarkan aje walaupun dah macam2 yang bermain di fikiran kami . beberapa minit lepas tu , benda tu berbunyi lagi ! MEREMANG uols ! disebabkan mimi dah tak boleh duduk diam , mama bangun nak pergi ke bilik untuk tengok benda tu . aku dan syasya pun ikut . bukak je lampu , aku nampak benda tu ada dalam bakul mainan mimi , kat bahagian bawah2 . pelik . kalau pun benda tu teralih , patutnye ade kat bahagian paling atas bakul la kan , macam mane nak berbunyi kalau dok tersorok kat bawah tu . mama ambil mainan tu dan alihkan . bila kami duduk di depan semula , benda tu dah tak berbunyi lagi . siapa pulak yang main benda tu ?
aku pun mula berfikir2 dan membuat andaian mungkin kami tinggal dengan sebuah lagi keluarga . keluarga yang tak dapat dilihat . ada yang solat , ada yang masak , ada yang bermain . Alhamdulillah setakat ni tiada siapa yang kena kacau atau TERnampak 'mereka' . pinjam la ape2 pun barang kat rumah ni , asalkan jangan kacau kami sudah .
p/s : korang ade pengalaman ternampak 'mereka' ?
Laugh Out Loud ! #3
I want to make a Facebook account and the name will be Nobody so when I see stupid crap people post , I can Like it . and it will say Nobody Likes This .
Di Salun .
HELLO ~
Siang tadi aku temankan mama pergi salun rambut .
oleh kerana bosan menunggu , aku pun ambil la gambar sendiri ^^
eh memang macam pantang nampak cermin kan , mesti nak ambil gambar . hoho
okaylah tak perlu cakap banyak , jom usha gambar Nina :p
p/s : dah 19 hari kita puasa . ^^
Laugh Out Loud ! #2
ini IQ level aku lepas test , korang pulak ?
Dah pukul berapa eh sekarang ? *cari2 nfon
alrite tepat 3.50 PM .
masa selak2 facebook tadi terjumpa satu link yang dipost oleh seorang rakan ( shima ) untuk menguji IQ kita .
apa lagi , aku pun terus lah ambil test tu .
nak tawu apa resultnyee ?
JENGJENGJENG
haaaa 112 je okay !
erk kira okay la kot sebab masih berada di paras 'high' . haha tu pun cukup2 makan je .
korang pun nak tengok level IQ korang ? hah cepat
klik sini .
korang diberi masa 40 minit untuk jawab 39 soalan . kalau dah dapat result tu , share2 la dengan nina .
good luck ! :)
LDR ? Lemah Dan Rosak ? boleh bertahan ke ?
Tahu apa itu LDR ?
tak tahu ?
kenapa tak tahu ? tolonglah weyy .
hey nina ! kau yang cakap , kau terangkan lah !
ergh =.=
okey LDR tu Long Distance Relationship atau Hubungan Jarak Jauh .
persoalannye , adakah korang terjebak ? atau bakal terjebak ? hah ?
okay entri ni khas untuk orang yang berhubungan jarak jauh . jika anda tidak terlibat , pergi main jauhjauh . =.=
let's face it - being in a LDR sometimes just sucks . there's really no other way to put it . the lack of physical intimacy can put a real strain on long distance couples . kadangkadang kita rasa cemburu je bila tengok orang yang pasangannya duduk dekat2 , boleh jumpa selalu . lagi sakit hati bile asyik2 update gambar baru di facebook ! =.= things that other couples may take for granted like just holding hands can feel like a dream waiting to come true hoho dan kita pun mula tertanya2 is it okay kita bercinta dengan orang yang jauh di mata ni ? dan dan ada juga yang mula berasa bosan dan curang (sebut perlahan2) .
baik sekarang mari kita ubah mentaliti tu . aku nak bagi sedikit langkah2 yang boleh korang ambil jika berada dalam LDR ni . jommmm !!!(tak payah nak jom sangat la nina kan ?) ergh =.=
satu . tanya soalan penting untuk pasangan korang , untuk memastikan korang berdua clear dengan parameter LDR . these can be difficult and awkward questions to ask , tapi akan menyelamatkan korang dari 'great heartache' dan 'misunderstanding' down the line . contoh : "apa sebenarnye yang you harapkan dalam hubungan kita ?" atau "what are you looking to get out of the relationship ?" stating end goal or ideas will allow each person to maintain what they need .
dua . consider menggunakan Skype video chat calls setiap hari , sms , phone calls dan email setiap hari . ini sangat penting untuk maintain contact and to be in each other's daily lives as much as possible . oh ya , please , guys , don't care about the phone bill .
tiga . berkomunikasi dalam pelbagai cara setiap hari , lebih dari sekali if possible . since you won't be seeing each other , it's important to establish and maintain an emotional connection . ini tak perlukan perbualan yang panjang atau 'in-depth' conversations . tell each other your little triumphs and tragedies . minta nasihat . kalau sms je pun boleh , especially if long-distance phone calls put a strain on your budget . pastikan sms korang tu substantif dan detailed , ini akan menunjukkan yang korang sangat prihatin untuk meluangkan masa dan usaha . hantar hadiah simple , kad atau bunga tanpa sebab . in this case , korang boleh nampak kuantiti sama penting dengan kualiti . you may discover an advantage over others whose partner is close at hand — you don't take communication for granted !
empat . avoid the temptation to be controlling . okay . semua orang bebas untuk buat apa sahaja dan tiada siapa perlu control sesiapa . selagi korang berdua masih berminat untuk berada dalam suatu hubungan , you will stick with it and distance will not make a difference . kalau korang dah SET kat minda yang pasangan korang bukanlah yang terbaik atau orang lain lebih baik untuk korang , tak kisahlah korang duduk beribu batu jauhnya atau duduk sejengkal sahaja atau atau sudahpun berkongsi katil dan tilam bersama dengan gambar perkahwinan di dinding , semuanya akan jadi sia2 . you are going to have to trust each other completely if this relationship is going to work .
lima . bercerita tentang masa depan . orang kata korang berangan ? ah pedulikanlah ! bila korang bercerita tentang masa depan , beritahu mahu hidup bersama , berbincang apa yang akan korang rancang untuk masa depan akan prove antara satu sama lain yang korang punya relationship is going somewhere and that your efforts and frustrations are not in vain .
enam . hindarkan diri daripada cemburu buta and be trusting . satu cara yang paling mudah untuk meracuni sesuatu hubungan ialah jealousy dan drama . bila korang dah mulakan LDR , korang mesti realistik dengan kesusahan yang bakal dihadapi . it always helps if you go in a relationship with the idea that everyone is innocent and worthy of trust until proven otherwise . jangan mudah terjatuh dalam jerat menyoal-siasat pasangan korang setiap kali mereka cakap mereka mahu keluar bersama rakan2 atau spend masa dengan orang yang korang tak kenal dan tak pernah jumpa . dan juga ketika bila pasangan korang tak respon bila korang call atau tinggalkan sms . just because you are in a LDR doesn't mean your lives will pause . your partner will naturally have a social life where they live and so should you . sure , it helps to have your eyes open and not be totally naive , but being overly suspicious is unhealthy for you and your relationship too . you should both maintain your social activity and be happy with yourselves okay ?
tujuh . berikan pasangan korang barang peribadi yang paling korang sayang so in a time of need , bila mereka rindukan korang , mereka ada sesuatu yang dulunya milik korang . ini akan memberikan keselesaan , kegembiraan dan bayangan berada di sisi korang . sweet right ? guys ?
lapan . ingat yang korang masih ada hubungan . you HAVE to be there for your partner . jika pasangan korang ada masalah , atau sakit , sedih or whatever , korang mesti ada untuk mereka .
make sure you are available to them so that they can reach you if they need you . kadangkadang pasangan korang mahu bermanja dengan korang atau mahu korang luangkan lebih masa dengan mereka dan tolong jangan hampakan mereka . kalau mereka end up dealing with everything alone , mereka akhirnya tidak akan perlukan korang . and sometimes , distance permitting of course , that means being actually , physically there for them .
sembilan . be positive . stay positif dan tidak fokus kepada aspek negatif berada dalam LDR sangat penting untuk memastikan hubungan korang sentiasa mekar . being away from your sweetie is not all bad news . gunakan peluang ni untuk kejar minat korang dan hobi dan juga karier korang . contoh paling mudah , blogging . selagi korang yakin LDR ni hanya bersifat sementara , you will keep your chin up and transmit that feeling of security and happiness to your partner too.
sepuluh . disebabkan masa untuk meluangkan masa adalah sangat jarang , dan bila korang berjumpa antara satu sama lain , take as much advantage as possible of your ability to get intimate with each other . gunakan masa bersama sebaik2nya . jangan bergaduh . merajuk manja boleh . gunakan masa ni untuk lebih mengenali dan memahami pasangan anda . teguhkan kepercayaan antara satu sama lain dan pastikan pasangan anda gembira berada di sisi anda . ini akan menguatkan lagi hubungan korang walaupun kemudian terpaksa berjauhan semula .
percayalah , masih banyak yang boleh korang buat untuk pastikan LDR bertahan , malah semakin subur . remember : things will get better with time , and even the relationship will become better . have hope .
Laugh Out Loud ! #1
BULAT macam LABU kot ! #2
kali ni pun nak share kenapa korang tak perlu terkejut kalau tengok aku makin bulat macam labu bila naik degree nanti . =.=
tadi berbuka di Grand Continental pulak .
sebab teringin nak makan
kambing bakar .
kami pilih tempat di luar .
ade kau kesah ?
pedulik ah .
ini view dari bawah .
juadah yang tak seberapa .
kambing bakar ^^
counter mee
so sekali lagi , jika uols datang melaka inform me .
banyak tempat2 best yang aku boleh bawak .
ok adios !
|
Copyright ©. Code thanks to