Cari Publisiti .
Cari publisiti atau men'capub' adalah perkara biasa bagi kita .
apa yang aku nak cerita kali ini ialah mencari publisiti di dalam kelas atau kuliah atau yang sewaktu dengannya .
mesti selalu kan lecturer korang bertanya soalan kepada student .
dan mesti ade student yang nak jawab soalan tu . ( selalunya tiada )
soalnya , is it okay ?
Nak pulak asyik orang yang sama je angkat tangan nak jawab soalan .
is it okay ?
jawapannya : YES ABSOLUTELY OKAY .
korang faham tak , lecturer bertanya memang untuk student jawab pun .
tak kisahlah jawapan korang betul atau tidak . kalau tak betul , lecturer akan betulkan .
apa masalahnya ?
aku buka topik ni bila aku perasan ada segelintir pelajar yang ' buat muka ' paling eww bila ada student yang asyik angkat tangan nak jawab soalan .
like saying , " ew , tak payah nak capub sangatlah . "
kau terasa ? memang aku cakap pasal kau pun . heheh
come on , aku sebenarnya suka bila semua student ' join ' lecturer dalam sesuatu kuliah .
aku pun akan jadi semangat *tiba-tiba .
masalahnya bila wujud orang-orang macam kau , kau akan turunkan self-esteem orang lain .
even aku bukanlah seorang yang suka nak angkat tangan , tapi aku support orang yang semangat seperti mereka .
lecturer pun akan bersemangat nak mengajar bila ada respon dari student . tak gitu ?
so ubahlah sikap yang suka merendah-rendahkan orang lain .
niat kita nak belajar , sama-sama belajar .
mana yang salah , kita tolong tunjukkan .
mana yang tak betul , kita tolong tegur .
kalau mereka boleh berani bertanya , kau tak perlu rasa cemburu .
oh ego kau takkan cakap kau cemburu .
bersihkan hati tu .
kalau kau cemburu sangat , kau tanya diri kau :
kau mampu jadi macam dia ?
p.s : video ni ada kaitan dengan apa yang aku nak sampaikan . sila tengok . lol

|
Copyright ©. Code thanks to 



