Baru .
Hari ni , 11 September 2011 hari pertama di UiTM Shah Alam selepas 5 bulan lebih bercuti .
semuanya berjalan lancar , dari daftar kolej hingga ke sesi mengemas .
dan sekarang baru tiba masa untuk menaip , menghapdate blog .
hati memang rindu . rindu sangat dengan keluarga . yelah , cuti lama-lama maksudnya masa bersama keluarga pun sangatlah lama . sedih tu pasti . sedih sebab terpaksa berpisah . adik tadi pun mama beritahu menangis sebab rindu aku . jika mereka rindu , aku lagi rindu !
kalau ikutkan hati ...
aku nak cuti lagi ! tak mahu datang uitm ! taknak taknak ! nak cuti lagi setahun ke , tak puas lahhhhh
okay , kalau study pun nak balik rumah setiap hari ! taknak la tidur kat uitm ! nak angkut uitm letak belakang rumah !
taknak study , nak duduk rumah je . LANTAK !
itu kalau ikutkan hati .
tapi minda lebih menguasai . minda dan akal . fikir .
masih jauh lagi perjalanan , nina .
kau tak boleh berhenti . kalau kau berhenti sekarang , bila kau mahu habis ?
sekarang tugas kau cuma belajar . papa n mama dah bagi semuanya , kau cuma perlu belajar . susah ke ? susah ke nak fokus , belajar ?
kau cuma perlukan 4 tahun sebelum habis belajar dan bekerja .
kau kan nak kereta mahal , rumah besar dan semua yang kau idamkan ?
kau takkan dapat kalau kau berhenti .
mesti teruskan berjalan sampai habis !
YA AKU MESTI TERUSKAN .
insya'Allah aku akan jadi peguam , aku takkan hampakan sesiapa .
aku akan buktikan .
azam sem 1 : 4 FLAT .
|
Copyright ©. Code thanks to