Raya .
My blueberry cheese tart .
Raya ni mesti masing2 sibuk buat kuih raya .
aku pun tak terkecuali lah .
tak sangka sebenarnya boleh jadi blueberry cheese tart ni .
sedap sungguh ^^




Bahan-bahan ( 10 biji ) :
Bahan untuk Sweet Pastry :
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
Cara-cara :
1 . Panaskan ketuhar pada suhu 180 C .
2 . Untuk membuat sweet pastry :
- pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy . masukkan telur , pukul lagi . Selepas itu masukkan tepung . Gaul hingga membentuk doh . Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart . Tekan kedalam kemas-kemas . Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau . Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit . Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart .
3 . Untuk membuat cheese filling :
- pukul cream cheese , mentega dan gula aising till fluffy . Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon , pukul .
4 . Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi . Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit .
sumber : myresipi.com
Laugh Out Loud ! #4
Merah tanda Cinta .
Pernah tak korang terima bunga ros dari seseorang ? pernah ? setiap warna bunga ros tu ada makna kan . kalau korang tak tawu , meh nina cerita .

Ros Merah : Tanda cinta yang ikhlas dan ingin bersama seseorang buat selamanya .
Ros Putih : Menunjukkan rasa gembira , ambil berat dan lambang cinta yang suci .
Ros Hijau : Tanda setia dan tanda nak berdamai .
Ros Merah Jambu (pekat) : Tanda 'admire' kat seseorang dalam diam .
Ros Merah Jambu (cair) : Tanda terima kasih .
Ros Kuning : Tanda persahabatan dan cemburu . (kalau pasangan korang hantar ros kuning , jangan gelabah sebab tak tentu lagi si dia decide nak berkawan je dengan korang . ros kuning juga tanda cemburu .)
Ros Oren : Tanda baru jatuh cinta .
Ros Hitam : Lambang kesukaran menambat hati seseorang .
dah hafal ? hehe perlu ke hafal .
sebenarnya jumlah bunga ros yang diberi pun ada makna . contohnya 3 ros bermaksud 'i love you' , 13 ros pula maksudnya 'secret admirer' , 108 ros bermaksud "marry me !" dan banyak lagi .
alright .
dah terfikir nak bagi bunga ros warna apa dan untuk siapa ? alaa , bukan mahal pun bunga ros tu .
kalau bagi nina pun nina suka sangat ! haha motif ???
ok lah , raya pun nak dekat .
sempena Hari Raya , nina hadiahkan seseorang yang sangat istimewa buat nina , yang selalu buat nina happy dan yang banyak berkorban untuk nina . :)

Thanks for :
- giving me the joys and smiles from day one .
- helping me enjoy the atmosphere here .
- correcting me when i was wrong .
- helping me follow the guidelines to survive .
- helping me try and cope with people around .
- giving me the courage to stand up on my own .
- all the advices .
- lending me your ears when i was upset .
- teaching me ways to hold on to the end .
- the love and care you showed .
- the wishes you have for me .
- the prayers you pray for me daily .
- the candles that you lit for me .
- the appreciation .
- not keeping a fence between .
- the confidence you have in me .
Thanks once again for everything . :)
BULAT macam LABU kot ! #3
Lokasi kali ini ialah Mahkota Hotel .
pelbagai makanan sampai rambang mata tak tahu nak pilih nak makan yang mana satu dulu .
nak ambil steamboat , takut sejuk nanti .
nak ambil ais krim , confirm la cair .
aku ni pantang nampak ais krim =.=
dah2 meh usha gambar . :)

cantik kan ?

ni la makanan trip pertama . sikit kan ? =.=

mama nampak busy je . :p
konklusinya , makan kat MH memang sedap+berbaloi .
lagipun dekat je dengan MP , boleh la korang shopping2 sebelum makan .
daa ~
Update* Contest Cerita Yang Saya Nak Kongsi

Hi awak semua !
Nina dah balut dah semua hadiah untuk Contest Cerita Yang Saya Nak Kongsi :)
tinggal nak serahkan je , hehe :p
taraaa ~

korang suka ? nak hadiah ni ?
jom la join contest ni jugak , jangan risau , belum sampai dateline lagi tau .

GOOD LUCK !
Ghost Story .
Malam semalam ade something yang buat aku takut .
seriously .

benda macam tu dah banyak kali berlaku sejak pindah rumah ni .
jom jom , aku nak cerita sikit la kat korang .
cerita pertama .
malam tu aku rase aku sorang je belum tidur . sebab tengah sms dengan seseorang . malam tu tenang je tau , tiba2 rasa sejuk semacam . mungkin perasaan aku je kot . tiba2 aku terdengar bunyi orang masukkan sudu besi ke dalam cawan . betul ! aku memang dengar , bunyinye sangatlah CLEAR okay ! aku terdiam . siapa pulak la yang nak buat air tengah2 malam ni so aku intai la dan aku just nampak cawan je tanpa sudu . esoknye aku cerita kat mama , mama cakap maybe bunyi tu datang dari rumah jiran . haish . takkan la CLEAR sangat bunyinye kalau dari rumah jiran ? takkan la telinga aku ni memang terer tangkap bunyi ?
cerita kedua . 
aku kat uitm . malam tu online dan IM dengan mama di facebook . mama cakap ade satu cerita nak share ngan aku tapi cerita seram . walaupun aku agak takut , masalahnye aku curious tau . nak jugak tawu . so mama pun cerita lah yang malam sebelum tu , mama belum dapat lelapkan mata . papa kena standby 24 jam so mama tidur sorang . tiba2 mama dengar bunyi orang tuangkan air dari dalam jag kaca ke cawan2 dari arah dapur . mama pun pelik la sebab bunyinye memang jelas datang dari dapur . mama pun pasang telinga untuk dengar betul2 dan meremang mama bila dengar dengan jelas bunyi orang bukak periuk nasi dan tutup balik periuk nasi tu . SAH ! memang dari dapur ! (okay aku dah meremang dah taip cerita ni)
cerita ketiga .
suatu pagi (subuh) mama tiba2 panggil adik aku, syasya . aku pun menyibuk2 la nak tawu ade ape hal . mama cakap sejadah tu memang diturunkan oleh 'someone' . ha ? aku mula2 tak faham . mama pun cerita la , setiap kali mama nak solat subuh , sejadah tu mesti turun ke bawah dari karpet . mula2 mama tak perasan , tapi lama2 mama perasan la tiap2 hari sejadah tu turun so malam sebelumnye lepas solat isya' , mama betulkan sejadah tu ke tempat asal sebab nak tengok esok pagi beralih lagi tak . bila esok paginye beralih , memang SAH ade 'someone' yang alihkan atau guna sejadah tu . kalau papa yang nak solat subuh dulu , papa pulak yang tertanya2 siapa la yang suka turun2kan sejadah ni .ye la , bila tanya satu rumah , takde sorang pun mengaku bangun solat tahajjud atau bangun malam2 alihkan sejadah tu . so siapa yang buat ?

sejadah di tempat asal .
sejadah yang yang teralih .
cerita keempat . 
haa yang ni baru berlaku malam semalam . masa tu semua orang tengah tengok tv ye kawan2 . aku pun kat depan tapi tak tengok tv , online . untuk pengetahuan korang , adik aku yang lagi sorang tu (mimi) ade satu set permainan kucing barbie doll . benda tu akan berbunyi kalau kita sentuh atau goncangkannya . masa semua orang tengah relax2 , tiba2 permainan tu berbunyi dari arah bilik aku . (for sure la sebab adik letak mainan tu dalam bilik aku) . kami memandang antara satu sama lain sebelum membuat andaian mungkin benda tu terjatuh atau cicak tersentuh ke . so kami sambung la tengok tv + online . tak lama lepas tu , benda tu berbunyi lagi . sangat la kurang asam sebab aku dah mula nak meremang kot . ape pasal la nak bunyi lagi ni . kami terdiam tapi masing2 tak ada yang nak pergi jenguk bilik . mimi yang manja tu dah mula merengek dekat mama sebab takut . tapi masing2 decide untuk biarkan aje walaupun dah macam2 yang bermain di fikiran kami . beberapa minit lepas tu , benda tu berbunyi lagi ! MEREMANG uols ! disebabkan mimi dah tak boleh duduk diam , mama bangun nak pergi ke bilik untuk tengok benda tu . aku dan syasya pun ikut . bukak je lampu , aku nampak benda tu ada dalam bakul mainan mimi , kat bahagian bawah2 . pelik . kalau pun benda tu teralih , patutnye ade kat bahagian paling atas bakul la kan , macam mane nak berbunyi kalau dok tersorok kat bawah tu . mama ambil mainan tu dan alihkan . bila kami duduk di depan semula , benda tu dah tak berbunyi lagi . siapa pulak yang main benda tu ?
aku pun mula berfikir2 dan membuat andaian mungkin kami tinggal dengan sebuah lagi keluarga . keluarga yang tak dapat dilihat . ada yang solat , ada yang masak , ada yang bermain . Alhamdulillah setakat ni tiada siapa yang kena kacau atau TERnampak 'mereka' . pinjam la ape2 pun barang kat rumah ni , asalkan jangan kacau kami sudah .
p/s : korang ade pengalaman ternampak 'mereka' ?

|
Copyright ©. Code thanks to 



