kita tewas .

sekarang baru nak hupdate pasal Malaysia lwn Singapura . kita tewas . Singapura layak ke pusingan seterusnye dengan agregat 6-4 . dalam perlawanan kedua kat Stadium Nasional Bukit Jalil khamis , kita terikat dengan keputusan 1-1 . aku bersorak gilagila bila penyerang kebangsaan , Mohd Safee Sali menyumbat gol tunggal negara pada minit ke-57 . tugas berat untuk pasukan kita n laluan sukar disebabkan defisit 2 gol . even kita tewas , kesungguhan keseluruhan pemain Malaysia n semangat para penyokong wajar dipuji . pemain-pemain seperti Apek , Safee, Amirul Hadi sangat menyerlah malam tu . tapi kalau Safiq Rahim , Aidil n Mat Yo ada mungkin permainan malam tu boleh memberikan keputusan berbeza . cakap sekarang pun tak guna . even Singapura nampak tak ori , dipenuhi singa kacukan tapi keputusan penuh tetap memihak kepada Singapura . yang kita perlu fokus adalah pada perlawanan akan datang . meh kita lawan singa habis-habisan untuk merebut piala Asia pulak . moga kemenangan berpihak kepada Malaysia . insya'Allah .
Malaysia lwn Singapura .

khamis ni . pukul 8 malam . even kita tewas 5-3 dengan singapura tapi aku tetap yakin malaysia akan perform malam tu nanti . insya'Allah . aku nak tengok . aku nak join merekamereka di stadium . aku mahu rasakan semangat mereka . aku mahu rasa setiap perasaan cemas , duka , gembira bersama mereka . aku mesti pergi . uols pun mesti pergi ! hoho
untuk siapasiapa yang teringin sangat nak pergi , aku tolong sikit bagi tawu cara nak dapatkan tiket malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014 zon asia untuk perlawanan 2nd leg di bukit jalil . fyi , tiket online dah dijual mulai rabu (20 Julai 2011) secara online mulai jam 9 pagi. maksimum sorang boleh beli 10 keping tiket je .
HARGA TIKET MALAYSIA VS SINGAPORE
RM50 (grandstand)
RM30 (free-seating)
RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun)
kalau uols nak beli secara online , klik sini
dah beli tiket online tu , cara nak redeem plak :
26 & 27 July 2011 – 9 am to 7 pm.
28 July 2011 – 9 am to half time match
penyokong malaysia :
penebusan tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah
penyokong singapura :
penebusan tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru
kalau taknak beli online , uols boleh beli dekat :
pintu masuk utama stadium MBPJ
pintu masuk stadium A shah alam
yellow gate stadium nasional bukit jalil
mulai 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 julai 2011 .
kalau nak beli khamis tu jugak (28 julai 2011) , uols boleh beli di yellow gate stadium nasional bukit jalil mulai 9 pagi sampai separuh masa pertama perlawanan .
sumber : tickethotline .
cari tangkap mr . krabs .
Mr . Krabs : do you smell it ? that smell. a kind of smelly smell . the smelly smell that smells ... smelly . [ whispering ]
Mr . Krabs : anchovies .
Squidward : what ?
Mr . Krabs : ANCHOVIES .
HAHA LOL !
for sure uols semua kenal siapa mr . krabs ! salah satu watak dalam kartun Spongebob Squarepants .
TARAAAA !! ni dia mr . krabs !

aku bukan nak cerita siapa mr . krabs ni . tapi aku nak cerita aku tangkap mr . krabs .

tangkap mr . krabs ?? OH NO !!!
yup . tangkap mr . krabs di port dickson (
entri lepas ) .
kami turun dari hotel port dickson pukul 3 pagi untuk cari ketam .
ouh udara sangat sejuk uols !
time tu kami tengok ada beberapa orang kat pantai . nak cari ketam jugak kot . tapi masa tu air tak surut pun . so kami terpaksa cari dalam laut sebab kat lantai pasir memang susah nak jumpa ketam . seronok sangat pagipagi tu . kami bertujuh dalam misi mencari ketam . masingmasing bukak mata luas2 , cuba menjejak ketam .
kami tak tangkap ketam besarbesar macam kat pasar tu tapi yang kecik2 tapi tak kecik sangat . bila goreng memang sedap , rasanya manis sangat . tak percaya , cubalah :D
tengok gambar ni , air tak surut pun .

yang bulat2 tu bekas korek ketam . ketam korek pasir dan sembunyi kat dalam . kalau mata uols tajam , uols akan nampak mata dia sebab selalunye dia akan timbulkan mata sahaja di permukaan pasir .

misi mencari dan menangkap .

kumpul banyakbanyak dalam baldi .

taraaaa ..

ketam ni suka bergaduh sesama sendiri . tengok dalam gambar , ada banyak tangan dan kaki ketam yang tercabut kan . mereka sepit antara satu sama lain . kami ada letak sekali ikan dalam baldi yang sama tapi tengok2 ikan tu tinggal setengah je badan sebab dah kena sepit dengan ketam sampai putus .
yang pasti ketamketam sangat la sedap bila digoreng . mereka tak besar , boleh dijadikan snek ketika santai menonton tv . :)
pantai port dickson .

hai semua . yang rajin usha blog ni . heheh
sabtu lepas aku pergi port dickson . mandi laut .
act dah plan lama dah dengan family maklong sebab cucu beliau teringin sangat nak mandi laut .
aku pun sama jugak .
dulu masa kecik2 selalu sangat pergi pd mandi laut .
tapi sekarang dah jarang2 sangat sejak pindah johor .
dan sekarang dah stay kat melaka so senang sikit pergi pd . (ape kena mengena tah)
so kami bertolak pagi dan terus check in hotel .
tengah hari memang panas terik , kami relax je dalam hotel , makan2 , tengok tv . tak sabar nak mandi laut .
cuaca tak panas berpanjangan , gladly cepat je redup so petang tu kami bersiap2 turun ke pantai .
aku memang teruja sangat bila kaki mula pijak pasir pantai . macam ada satu perasaan yang best . haha . apa lagi , terus masuk ke dalam laut tanpa fikir air tu mungkin sangat sejuk . tapi laut petang tu agak suam . aku pun main la air sepuas2nya dengan family and kazen yang lain . masing2 tak terlepas ambil gambar .
kami stay lama sikit dalam laut sampai matahari nak terbenam .
pemandangan waktu tu sangatsangat indah . matahari jadi merah . perlahan2 turun masuk dalam laut . masuk dalam laut ? matahari terbenam sebenarnya .
bila matahari dah terbenam baru kami naik ke hotel . malam tu semua tengok bola . sadly Malaysia kalah dengan Singapura , 5-3 . tapi aku percaya malaysia boleh menang esok . insya'Allah . samasama kita berdoa agar negara kita menang . eh dah lari topik ni .
malam tu jugak kami berpakat nak cari ketam . tapi sebelum kami naik , air baru pasang . kami perlu pilih waktu yang tepat untuk cari ketam iaitu waktu air laut surut so kami decide untuk tidur dulu dan bangun dalam pukul 2 pagi . mama cakap air belum surut kalau pukul 2 . ape2 pun kami tidur jugak dan dalam pukul 3 kami bangun dan bersiap2 untuk turun ke pantai . sempat menjeling ke tingkap , air laut masih belum surut sepenuhnya .
aku akan update cerita pasal cari ketam dalam entri seterusnye . :)
ape2 pun , laut port dickson tetap terbaik macam dulu . <3

redup je kan langit .
6ixth Sense ada lagu khas sempena Ramadan !

selamat pagi ! bagi yang dah bangun (-.-)
lebih kurang lapan hari lagi , kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan !
masa tu nanti mesti keluar dekat radio lagu2 berunsur ketuhanan . saya rindu suasana tu ! kumpulan pop rock 6ixth sense pun tak ketinggalan muncul dengan album berunsur ketuhanan . Gjie , salah seorang anggota kumpulan berkata pada bulan puasa ni mereka akan tampil dengan album single berkonsepkan ketuhanan yang berjudul Keikhlasan .
fyi , ni first time diorang hasilkan album single bertema ketuhanan . ikut trend ka ? Gjie pernah menjelaskan , album tu diterbitkan bukan sebab nak mengikut trend , tapi atas kesedaran kumpulan diorang .
Gjie - “ sudah sampai masanya kami menghasilkan album seperti itu . idea itu tercetus kerana faktor usia dan masa. saya pun sudah berusia 26 tahun dan begitu juga dengan anggota-anggota 6ixth Sense lain yang mulai menghampiri angka 30 tahun . ini adalah masanya kami berubah sedikit demi sedikit dan genre muzik yang kami ketengahkan itu juga adalah salah satu gambaran perubahan tersebut . "
uols fans 6ixth sense mesti terkejut dengan perubahan pada lagu diorang . dalam album tu ada due lagu bertajuk keikhlasan n penjaga hati yang mana kata Gjie , bukan setakat memaparkan lirik yang bermesejkan ketuhanan tapi perubahan ketara tu juga dapat didengar melalui rentak muzik diorang yang jauh lebih perlahan berbanding lagu-lagu dalam album-album 6ixth Sense sebelum tu .
Gjie lagi , “ dua lagu itu ciptaan saya dan vokalis kami , Adi . idea menghasilkan lagu-lagu ketuhanan seperti ini sudah kami rancang sejak setahun yang lepas . ia bukan dipaksa-paksa atau mengikut trend muzik semasa tetapi datangnya daripada hati kami sendiri . kami ingin berubah termasuklah daripada segi muzik . kebetulan bulan Ramadan pun akan datang tidak lama lagi . jadi kami memilih bulan yang mulia ini untuk menonjolkan genre muzik yang belum pernah 6ixth Sense ketengahkan sejak ditubuhkan hampir enam tahun lalu "
selain Gjie selaku gitaris dan Adi (penyanyi) , 6ixth Sense yang dianggotai oleh Wan (dram) , Athan (gitar) dan Ayoy (bass) itu tak menafikan perubahan muzik mereka bukan asing lagi zaman sekarang . malah semakin ramai peminat yang menerima konsep muzik macam ni .
perubahan rentak muzik , melodi dan lirik lagu dalam album single terbaru 6ixth Sense tu cukup berbeza berbanding tiga album rock mereka sebelum ni . setakat ni diorang dah hasilkan tiga album bertajuk Hari Ini (2006) , 6ixth Sense (2007) dan +-xbahagi (2010) .
album single terbaru ni suatu permulaan buat 6ixth Sense . diorang harap album ni akan diterima baik oleh fans . secara tak langsung akan beri perangsang untuk diorang berubah daripada segi muzik ke arah yang lebih positif . :)


Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia :)
salam :)
yang berminat nak bukak entri mesti seorang yang cintakan keamanan . soo berita baik buat uols ! hah
mengikut kajian Global Peace Index (GPI) 2011, Malaysia merupakan negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia !
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand , Jepun dan Australia .
sebenarnya ni first time kot Malaysia dapat ranking setinggi ni sejak 2007 n negara kita antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai selain Iceland , New Zealand , Jepun , Qatar dan Australia . kalau ada yang tertanya2 ranking Malaysia tahun 2007 , mase tu Malaysia menduduki tangga ke-37 n jatuh ke tangga ke-38 tahun 2008 , sebelum memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-26 tahun 2009 kepada tempat ke-22 tahun 2010 dan tempat ke-19 tahun 2011 .
indeks ni ada 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati , yang gabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan peringkat nasional sampai hubungan sesebuah negara dengan jirannya n tahap pematuhan hak asasi manusia .
jom kita sama2 naikkan lagi ranking supaye Malaysia akan jadi negara no 1 paling selamat di dunia ! peace V(^,^)V
rambut pendek .
sejak berambut pendek ni hidup jadi lebih mudah dan ceria . even tak banyak beza pun dengan sebelum ni .
sebenarnye sebelum i potong rambut , i dah research dah kelebihan2 rambut pendek .
dah lama tak berambut pendek , last rambut pendek rasanya form 1 kot . lepas tu biarkan rambut memanjang dan potong sikit2 je supaya tak nampak macam pontianak sangat .
so nak share kelebihan2 berambut pendek ni . heheh
1 . senang nak maintain .
rambut pendek tak spoiled dengan mudah . even dah terspoiled , tak susah dan tak ambil masa yang panjang nak betulkan balik . guna angin pun boleh , toleh kiri toleh kanan macam erra fazira dalam gerak khas the movie tu . dan tak ambil masa yang lama untuk basuh serta keringkan rambut pendek . sekejap je dah kering . cool kan ?
2 . selesa di musim panas .
cuaca di malaysia sekarang ni selalu je panas . panas seterik2nya . rambut pendek membolehkan angin pass trough leher uols n scalp . kalau rambut panjang kena ikat bagai ( i paling tak suka ikat rambut even dulu rambut panjang pun malas nak ikat rambut ) . short hair does not come up with any such demands . it naturally lets uols feel so light and cool even in the heat of summer . :)
3 . smart .
rambut panjang dah old fashioned bagi perempuan . rambut pendek , on the other hand , is for the new , fast-paced woman . kita nampak smart as well as sexy , dengan memberikan kita an unconventional ‘ Hally Berry ’ look . bahaha
4 . sihat .
rasa sihat akan buat uols rasa ' the pure joy of happiness ' . perempuan yang sihat akan berambut pendek untuk memastikan kulit kepala tidak terasa lembap , bersih dan sihat . memang enjoy di musim panas sebab kepala kita sentiasa cool dan bebas peluh . uols akan rasa lebih sihat , muda dan lebih slim ! hahaha rambut pendek boleh boost uols punya female beauty . tak payah pakai produk skin care anti penuaan dah . rambut pendek sangat praktikal untuk uols bersukan , berseni , menari etc . kepala boleh bernafas dengan tenang ( which helps to feel freedom and freshness ) .
5 . jimat dan lebih murah .
haha ape yang jimat ? potong je rambut uols n wave good bye to all those never ending expensive hair products :D . disebabkan rambut uols dah dekat dengan akarnya , uols hanya perlukan minimal conditioning . kalau uols pergi salun untuk coloring , straightening , or wash n blow , it will now be half the price that long hair would cost you !
6. tukar appearance .
come on la , takkan nak rambut panjang macam tu je . sesekali kita kena tukar style , rambut baru , dunia baru . why have long hair only because someone else likes it long ? whatever happened to doing things your way ? if you think short hair will really compliment you , then don’t waste any more time ! PERGI POTONG ! hahaha
sebelum potong rambut .
selepas potong rambut . nampak lebih muda dan bertenaga ! hahaha
|
Copyright ©. Code thanks to 



