jom tengok movie !

bosan ? boring ? jom la tengok movie . aku jalan2 then terjumpe satu laman yang share macam2 cerita yang uols boleh tengok . aku malas nak listkan banyak2 , cuma cerita yang aku suka je . kalau uols tak puas hati dengan ape yang aku dah list , uols boleh pergi terus ke web dia . aku senaraikan kat bawah ni , uols tinggal klik je okay ! :)
Malay :
english :
and last ..
saw 7 . (must watch ! haha)
tolonglah fokus brader !
ramadhan pertama 2011 semalam bawa aku menyaksikan satu kemalangan depan mata . aku bukan kisah apa saje juadah untuk berbuka . sedang semua orang asyik , tiba2 terdengar bunyi dentuman kuat . di atas jalan raya , sebuah van berlanggar dengan sebuah bas . aduhai . aku cuma harap perkara macam ni tak akan berlaku tapi berlaku juga , malah di depan mata aku sendiri . mulanya bas dan van berjalan seperti biasa hingga bas tiba2 berhenti di tepi jalan (yang memang makan jalan orang lain) dan van di belakang terus berlanggar dengan bas . apa yang aku tengok , bahagian belakang bas tertusuk masuk ke bahagian hadapan van . bila bas tu berjalan ke hadapan sedikit , van tadi turut terikut sebab memang melekat habis . secara logik siapa yang salah ?
bas . mengikut pengalaman sendiri , bas memang suka berhenti tepi jalan secara tiba2 (untuk turunkan penumpang) . kalau kereta belakang sempat tekan brake , lega lah . kalau mase tu tengah dok tekan minyak ? memanglah sakit jantung . bas pun bukan nak pasang signal kalau nak berhenti , main berhenti ikut suka hati . kalau yang pasang pun , nak berhenti baru nak pasang which sangat2 mengundang bahaya .
van . kenalah fokus . mungkin pemandu sibuk fokuskan mata kat bazar sampai bas berhenti tiba2 di hadapan pun tak brake sampai tertusuk .
pemandu bas langsung tak cedera , begitu juga penumpang . pemandu van dan penumpang yang duduk di sebelah pemandu agak tersepit . tapi aku tengok pemandu van tu boleh keluar cuma sebelah pemandu tu tak boleh keluar . bomba sampai . jalan jammed . kesian aku tengok apek tu . habis baju dengan muka dibasahi darah . yang paling teruk kena yang dok sebelah pemandu van lah sebab van tertusuk di belah kiri . cermin habis pecah . subhanallah .
adik aku puasa dan dia nak berbuka gulai siput tapi bazar yang kami pergi tu tak ada gulai siput . kami pun berangkat ke peringgit . jalan sesak . penuh orang . masa ni betul2 sebelah kereta aku , lori tiba2 berhenti , teksi belakang langgar . nasib baik tak kuat sebab jarak dekat . wahai pemandu2 sekalian , tolonglah fokus . aku memang tak boleh blah la tengok 2 xciden berturut2 ni . bacalah doa sebelum memandu . malang tak berbau . FOKUS !
hari pertama .
semua sibuk post pasal ramadhan , takkan nak tertinggal jugak kot ? huhu
sahur pagi tadi dapat makan nasi goreng yang panas dan sedap dimasak oleh mama . teringat hari pertama puasa di uitm , tiada yang nak masakkan . harap bangun sendiri buat sendiri apa2 makanan . kalau dah siap2 bungkus untuk sahur pun , bangun pagi tu mesti dah basi lepas tu sedih soorang2 . *sigh
tapi sekarang dah lain ! sejak tingkatan 1 , tahun ni lah kali pertama dapat puasa sebulan di rumah bersama keluarga . dah cakap taknak masuk asrama tapi kena jugak ! *sigh lagi
semua pasti dah mula plan nak buat apa di bulan puasa , ada yang nak tarawih , tambahkan amalan baik tapi uols kena buat secara berterusan ok . :)
tak banyak yang nak diperkatakan , so selamat berpuasa !
kita tewas .

sekarang baru nak hupdate pasal Malaysia lwn Singapura . kita tewas . Singapura layak ke pusingan seterusnye dengan agregat 6-4 . dalam perlawanan kedua kat Stadium Nasional Bukit Jalil khamis , kita terikat dengan keputusan 1-1 . aku bersorak gilagila bila penyerang kebangsaan , Mohd Safee Sali menyumbat gol tunggal negara pada minit ke-57 . tugas berat untuk pasukan kita n laluan sukar disebabkan defisit 2 gol . even kita tewas , kesungguhan keseluruhan pemain Malaysia n semangat para penyokong wajar dipuji . pemain-pemain seperti Apek , Safee, Amirul Hadi sangat menyerlah malam tu . tapi kalau Safiq Rahim , Aidil n Mat Yo ada mungkin permainan malam tu boleh memberikan keputusan berbeza . cakap sekarang pun tak guna . even Singapura nampak tak ori , dipenuhi singa kacukan tapi keputusan penuh tetap memihak kepada Singapura . yang kita perlu fokus adalah pada perlawanan akan datang . meh kita lawan singa habis-habisan untuk merebut piala Asia pulak . moga kemenangan berpihak kepada Malaysia . insya'Allah .
Malaysia lwn Singapura .

khamis ni . pukul 8 malam . even kita tewas 5-3 dengan singapura tapi aku tetap yakin malaysia akan perform malam tu nanti . insya'Allah . aku nak tengok . aku nak join merekamereka di stadium . aku mahu rasakan semangat mereka . aku mahu rasa setiap perasaan cemas , duka , gembira bersama mereka . aku mesti pergi . uols pun mesti pergi ! hoho
untuk siapasiapa yang teringin sangat nak pergi , aku tolong sikit bagi tawu cara nak dapatkan tiket malaysia vs singapura kelayakan piala dunia 2014 zon asia untuk perlawanan 2nd leg di bukit jalil . fyi , tiket online dah dijual mulai rabu (20 Julai 2011) secara online mulai jam 9 pagi. maksimum sorang boleh beli 10 keping tiket je .
HARGA TIKET MALAYSIA VS SINGAPORE
RM50 (grandstand)
RM30 (free-seating)
RM5 (kanak-kanak bawah 12 tahun)
kalau uols nak beli secara online , klik sini
dah beli tiket online tu , cara nak redeem plak :
26 & 27 July 2011 – 9 am to 7 pm.
28 July 2011 – 9 am to half time match
penyokong malaysia :
penebusan tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah
penyokong singapura :
penebusan tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru
kalau taknak beli online , uols boleh beli dekat :
pintu masuk utama stadium MBPJ
pintu masuk stadium A shah alam
yellow gate stadium nasional bukit jalil
mulai 9 pagi hingga 7 malam pada 26 dan 27 julai 2011 .
kalau nak beli khamis tu jugak (28 julai 2011) , uols boleh beli di yellow gate stadium nasional bukit jalil mulai 9 pagi sampai separuh masa pertama perlawanan .
sumber : tickethotline .
cari tangkap mr . krabs .
Mr . Krabs : do you smell it ? that smell. a kind of smelly smell . the smelly smell that smells ... smelly . [ whispering ]
Mr . Krabs : anchovies .
Squidward : what ?
Mr . Krabs : ANCHOVIES .
HAHA LOL !
for sure uols semua kenal siapa mr . krabs ! salah satu watak dalam kartun Spongebob Squarepants .
TARAAAA !! ni dia mr . krabs !

aku bukan nak cerita siapa mr . krabs ni . tapi aku nak cerita aku tangkap mr . krabs .

tangkap mr . krabs ?? OH NO !!!
yup . tangkap mr . krabs di port dickson (
entri lepas ) .
kami turun dari hotel port dickson pukul 3 pagi untuk cari ketam .
ouh udara sangat sejuk uols !
time tu kami tengok ada beberapa orang kat pantai . nak cari ketam jugak kot . tapi masa tu air tak surut pun . so kami terpaksa cari dalam laut sebab kat lantai pasir memang susah nak jumpa ketam . seronok sangat pagipagi tu . kami bertujuh dalam misi mencari ketam . masingmasing bukak mata luas2 , cuba menjejak ketam .
kami tak tangkap ketam besarbesar macam kat pasar tu tapi yang kecik2 tapi tak kecik sangat . bila goreng memang sedap , rasanya manis sangat . tak percaya , cubalah :D
tengok gambar ni , air tak surut pun .

yang bulat2 tu bekas korek ketam . ketam korek pasir dan sembunyi kat dalam . kalau mata uols tajam , uols akan nampak mata dia sebab selalunye dia akan timbulkan mata sahaja di permukaan pasir .

misi mencari dan menangkap .

kumpul banyakbanyak dalam baldi .

taraaaa ..

ketam ni suka bergaduh sesama sendiri . tengok dalam gambar , ada banyak tangan dan kaki ketam yang tercabut kan . mereka sepit antara satu sama lain . kami ada letak sekali ikan dalam baldi yang sama tapi tengok2 ikan tu tinggal setengah je badan sebab dah kena sepit dengan ketam sampai putus .
yang pasti ketamketam sangat la sedap bila digoreng . mereka tak besar , boleh dijadikan snek ketika santai menonton tv . :)
pantai port dickson .

hai semua . yang rajin usha blog ni . heheh
sabtu lepas aku pergi port dickson . mandi laut .
act dah plan lama dah dengan family maklong sebab cucu beliau teringin sangat nak mandi laut .
aku pun sama jugak .
dulu masa kecik2 selalu sangat pergi pd mandi laut .
tapi sekarang dah jarang2 sangat sejak pindah johor .
dan sekarang dah stay kat melaka so senang sikit pergi pd . (ape kena mengena tah)
so kami bertolak pagi dan terus check in hotel .
tengah hari memang panas terik , kami relax je dalam hotel , makan2 , tengok tv . tak sabar nak mandi laut .
cuaca tak panas berpanjangan , gladly cepat je redup so petang tu kami bersiap2 turun ke pantai .
aku memang teruja sangat bila kaki mula pijak pasir pantai . macam ada satu perasaan yang best . haha . apa lagi , terus masuk ke dalam laut tanpa fikir air tu mungkin sangat sejuk . tapi laut petang tu agak suam . aku pun main la air sepuas2nya dengan family and kazen yang lain . masing2 tak terlepas ambil gambar .
kami stay lama sikit dalam laut sampai matahari nak terbenam .
pemandangan waktu tu sangatsangat indah . matahari jadi merah . perlahan2 turun masuk dalam laut . masuk dalam laut ? matahari terbenam sebenarnya .
bila matahari dah terbenam baru kami naik ke hotel . malam tu semua tengok bola . sadly Malaysia kalah dengan Singapura , 5-3 . tapi aku percaya malaysia boleh menang esok . insya'Allah . samasama kita berdoa agar negara kita menang . eh dah lari topik ni .
malam tu jugak kami berpakat nak cari ketam . tapi sebelum kami naik , air baru pasang . kami perlu pilih waktu yang tepat untuk cari ketam iaitu waktu air laut surut so kami decide untuk tidur dulu dan bangun dalam pukul 2 pagi . mama cakap air belum surut kalau pukul 2 . ape2 pun kami tidur jugak dan dalam pukul 3 kami bangun dan bersiap2 untuk turun ke pantai . sempat menjeling ke tingkap , air laut masih belum surut sepenuhnya .
aku akan update cerita pasal cari ketam dalam entri seterusnye . :)
ape2 pun , laut port dickson tetap terbaik macam dulu . <3

redup je kan langit .
|
Copyright ©. Code thanks to 



