Telur Telur Telur :)
Suka makan telur?
saya suka sangat2. heheh telur goreng memang sedap.
tapi sekarang bukan nak cerita pasal makan, tapi pasal petua kecantikan.
saya memang ada masalah kulit berminyak, bila dah minyak2 ni mula la naik jerawat. (ARGHHHHHHHHHH : perasaan geram sangat2)
mama cakap pakai la masker telur.
mula2 saya rasa lain macam jugak nak letak telur mentah kat muka walaupun pernah beberapa kali dengar pasal penggunaan telur sebagai petua kecantikan.
jadi saya pun cuba lah.
hasilnya?
wajah saya rasa licin, tegang n jerawat saya pun hilang entah ke mana. SERIUS!
even kalau uols dah mula rasa sakit2 kat bahagian yang baru nak tumbuh jerawat, rasa sakit tu akan hilang n seolah2 jerawat tadi tak jadi tumbuh lepas korang pakai masker telur.
caranya senang je :
1. Bersihkan muka korang dari kotoran atau makeup.
2. Ambil sebiji telur, asingkan isi kuning n isi putih dalam mangkuk atau piring.
3. Kacau isi yang putih macam nak buat telur dadar.
4. Sapu isi yang putih SAHAJA ke muka.
5. Jangan bercakap2 atau banyak bergerak sampai ia benar2 kering.
6. Basuh muka dengan air suam.
7. SIAP !
ade dengar2 lagi elok korang buat 3-4 kali seminggu sebelum tidur. tapi kalau saya, saya akan buat kalau rasa2 nak tumbuh jerawat (ketika hampir datang bulan) n pagi2 lepas bangun tidur sebelum mandi so saya akan rasa muka ni lembut je sepanjang hari (hihihi). tapi serius, memang berkesan!
- "sejak kecoh ade telur palsu ni, saya selalu ragu2 n check ade kesan tahi2 ayam dulu kat telur sebelum guna telur tu untuk pastikan tu memang telur ayam yang asli. LOL!!"
-"produk skincare untuk kulit berminyak n mudah tumbuh jerawat ialah Neutrogena. Neutrogena is really really good."
|
Copyright ©. Code thanks to