fallacy
thnx to kamal fnd hashim
1. Kepada sesiapa yang gemar melatah, tulisan ini pasti menyinggung. Maklumlah, bilamana kenyataan itu berbeza dengan pendirian tertentu, maka sudah tentulah ianya menyinggung. Yang jadi parah adalah kerana saya bukan orang politik. Maka sudah tentu dilihat sebagai lebih ganjil!
2. Acapkali saya lihat dayus yang sama berlaku; manipulasi, spekulasi dan fallacy seperti False Attribution digunakan dalam menegakkan benang yang basah. Yang menjadi masalah, adakah kita sebenarnya berminat menyelesaikan isu atau sengaja melengahkan supaya ianya boleh mendatangkan kepentingan kepada kita?
3. Kematian aminulrasyid memperlihatkan kejanggalan ini. Peguam, ya, peguam memberikan kenyataan- kes ini clear cut. Kita mesti dakwa polis- semasa siasatan belum pun lengkap! Laa!!Saya pun turut keliru sama ada mereka ini benar benar peguam atau tidak kerana peguam yang sebenar yakni yang mendukung prinsip keadilan jenayah pasti tahu kenyataan ini berat sebelah dan sedikit nakal!
Biarlah insiden ini disiasat dengan teliti tanpa kita memperlihatkan ketidakmatangan kita yang mengambil kesempatan dari keadaan untuk melunaskan hajat peribadi. Jangan juga menangguk di air keroh. Lebih daripada itu, ada pula yang menuntut supaya Ketua Polis Negara letak jawatan! Pelik!!
Eh, kalau ikut simple logik macam itu, Presiden Majlis Peguam juga perlu meletak jawatan kerana ternyata pernah ada peguam yang melakukan pecah amanah duit anak guamnya, CEO TNB juga perlu letak jawatan kerana sebelum ini orang potong api kat rumah dan ikan kita jadi busuk!
Dan kalau ikut nafas logik yang sama, Presiden Majlis Peguam perlu meletak jawatan kerana peguam seperti ini memberikan kenyataan yang berat sebelah dan memalukan profesyen guaman, Bos Proton juga patut meletak jawatan kerana insiden melibatkan kereta jenis ini, Dato' Bandar Shah Alam juga perlu meletak jawatan kerana MBSA membenarkan restoran dibuka 24jam!!Dan inilah masalahnya bila bercakap ikut sedap mulut tanpa mahu bersangka baik, kan?
4. Hairan saya! Semua orang tahu saya neutral dan tidak punya apa apa kepentingan dan ini teguran saya atas prinsip without fear or favour. Benarkanlah siasatan dibuat dengan lengkap, tertib dan tartil. Bagi saya, yang penting adalah kebenaran. Kemana perginya pertimbangan yang jujur sehingga kita terpaksa curang mengambil kesempatan atas kehilangan seseorang?Atau, apakah nyawa adik itu begitu murah sehingga ada pihak yang, tanpa silu,tergamak melacurkan kematiannya?
Tepuk dada, tanya selera.
|
Copyright ©. Code thanks to